Seksyen 78
of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
Seksyen 78
Ketua Pengarah boleh, secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 5, pegawai mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pegawai Perbadanan untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana pegawai sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan
[Akta 574].
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 67
(3)
Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Ketua Pengarah.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan kewajipan seorang pegawai diberi kuasa.