Skip to content

Seksyen 109

Kecualian dan peralihan

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 109 of 112
Seksyen 109

Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, apa-apa pendaftaran, suruhan, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan yang dilakukan, dibuat atau diberikan sebelum tarikh ditetapkan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang selaras dengan Akta ini hendaklah disifatkan telah dilakukan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya yang berhubungan dengannya pendaftaran, suruhan, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan itu terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh habis tempoh pendaftaran, suruhan, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 91