Skip to content

Seksyen 5

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 5 of 112

Seksyen 5

(1)

Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, yang hendaklah mengetuai suatu jabatan, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan itu.

(2)

Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan Timbalan

Ketua Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini daripada kalangan anggota perkhidmatan awam yang hendaklah, tertakluk kepada kawalan dan arahan Ketua Pengarah, mempunyai kuasa dan fungsi

Ketua Pengarah, selain kuasa pewakilan yang disebut dalam subseksyen (4).

(3)

Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan Pengarah,

Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini daripada kalangan anggota perkhidmatan awam yang hendaklah tertakluk kepada kawalan, arahan dan penyeliaan Ketua Pengarah.

(4)

Ketua Pengarah boleh, berhubung dengan apa-apa perkara atau golongan perkara tertentu, secara bertulis di bawah tandatangannya, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepada mana-mana

Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, atau pegawai lain termasuk mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pegawai Perbadanan.

(5)

Suatu pewakilan di bawah subseksyen (4) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah dan tidak menghalang

Ketua Pengarah daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen itu.

20

Undang-Undang Malaysia

Akta 672