Skip to content

Seksyen 14

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 14 of 112

Seksyen 14

(1)

Tertakluk kepada seksyen 16, tiada seorang pun boleh—

(a)

mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal;

(b)

menguruskan atau mengendalikan apa-apa kemudahan pengurusan sisa pepejal; atau

(c)

mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatan pengurusan pembersihan awam, melainkan jika dia memegang suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini.

(2)

Pemegang lesen tidak boleh menyediakan apa-apa aktiviti yang dilesenkan yang disebut dalam subseksyen (1) kecuali mengikut syarat lesen yang diberikan kepada pemegang lesen itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 27

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.