Skip to content

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 2 of 112
Seksyen 2

“ditetapkan”, melainkan jika dinyatakan selainnya, ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini;

“jalan awam” ertinya mana-mana jalan awam yang sedang diperbaiki atau disenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan atau yang telah dipindahkan hakmilik kepada atau telah terletak hak

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 11

pada pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan termasuklah mana-mana jalan, medan, halaman, jalan kecil, lorong, jambatan, siar kaki, haluan jejak, jalan enam kaki, jalan lalu, terowong, hentian sebelah, persimpangan, bulatan, pulau pembahagi lalu lintas, pembahagi jalan, lorong lalu lintas, lorong memotong, lorong perlahan, bahu jalan, jalur median, laluan atas, laluan bawah, jalan tuju, tanjakan masuk atau keluar sama ada jalan tembus atau tidak, yang orang awam berhak lalu, tetapi tidak termasuk mana-mana jalan Persekutuan, jalan Negeri, lebuh raya, jambatan, terowong atau apa-apa yang bersambung kepada jalan itu yang disenggarakan dan dijaga oleh mana-mana pihak berkuasa

Persekutuan atau Negeri atau mana-mana orang persendirian atau badan persendirian;

“kacau ganggu” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];

“kemudahan pengurusan sisa pepejal” ertinya mana-mana tanah, loji tetap atau bergerak dan sistem yang menggabungkan struktur, kelengkapan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi mengendalikan, menstor, mengasingkan, mengangkut, memindahkan, memproses, mengitar semula, mengolah dan melupuskan sisa pepejal terkawal dan termasuklah stesen pemindahan, tapak pelupusan, tambak tanah kebersihan, loji penunu dan loji pengolahan haba lain, loji pengitar semula dan loji pengkomposan;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pengurusan

Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang dilantik di bawah seksyen 5;

“mengitar semula” ertinya untuk memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;

“pasar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976;

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 672

“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 5, pegawai mana-mana pihak berkuasa tempatan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Kerajaan

Tempatan 1976 atau pegawai Perbadanan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah bagi maksud Akta ini;

“pelupusan” ertinya pelupusan apa-apa sisa pepejal melalui apa-apa jua cara termasuk pemusnahan, penunuan, pelonggokan atau pengkomposan;

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah

Akta ini;

“pemunya”—

(a)

berhubung dengan mana-mana premis, ertinya—

(i)

tuan punya berdaftar premis itu; atau

(ii)

penerima pajak, termasuk penerima pajak kecil, premis itu sama ada berdaftar atau tidak;

(b)

berhubung dengan mana-mana bangunan yang dipecah bahagi ertinya—

(i)

tuan punya berdaftar sesuatu petak yang dipegang di bawah hakmilik strata yang berasingan;

(ii)

penerima pajak, termasuk penerima pajak kecil, bangunan yang dipecah bahagi sama ada berdaftar atau tidak; atau

(iii)

perbadanan pengurusan atau mana-mana badan lain yang seumpamanya yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan mana-mana tuan punya subsidiari;

(c)

ertinya ejen atau pemegang amanah mana-mana orang yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan subperenggan (b)

(i)

atau, jika orang itu tidak dapat dikesani atau sudah mati, wakil dirinya di sisi undang-undang.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 13

(d)

jika premis itu merupakan sebahagian daripada suatu pembangunan yang baginya hakmilik yang berasingan dikehendaki dipohon di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa tetapi hakmilik yang berasingan belum dikeluarkan lagi, ertinya—

(i)

orang yang dengannya pemaju telah membuat apa-apa perjanjian bagi pembelian lot atau petak yang terkandung dalam premis itu; atau

(ii)

orang yang kepadanya harta itu telah diserahhakkan dan penyerahakkan mengenainya telah diberitahukan kepada pemaju;

(e)

berhubung dengan mana-mana premis di mana kerja-kerja binaan sedang dijalankan, termasuklah pemaju;

(f)

berhubung dengan harta bersama mana-mana bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung dalam pelan pecah bahagian strata yang diluluskan oleh pihak berkuasa berwibawa, termasuklah—

(i)

perbadanan pengurusan atau mana-mana orang yang mempunyai kawalan ke atas bangunan itu;

(ii)

mana-mana ejen atau pekhidmat yang dilantik oleh perbadanan pengurusan itu atau mana-mana orang yang mempunyai kawalan ke atas bangunan itu;

(iii)

mana-mana orang, badan atau pentadbir yang dilantik menurut Akta Hakmilik Strata 1985

[Akta 318] untuk menjalankan kuasa, atau menjalankan kuasa bagi, perbadanan pengurusan itu; atau

(iv)

mana-mana orang atau badan yang dilantik menurut

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]; atau

(g)

berhubung dengan apa-apa kenderaan, ertinya pemunya berdaftar kenderaan itu;

“penghasil sisa pepejal” ertinya mana-mana orang yang menghasilkan sisa pepejal terkawal;

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 672

“penghuni”—

(a)

ertinya orang yang menghuni atau mengawal mana-mana premis; dan

(b)

berhubung dengan premis yang bahagiannya yang berlainan dihuni oleh orang yang berlainan, ertinya masing-masing orang yang menghuni atau mengawal setiap bahagian premis;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 673];

“perkhidmatan pengurusan pembersihan awam” ertinya perkhidmatan yang berikut:

(a)

membersihkan jalan awam, tempat awam, tandas awam dan longkang awam;

(b)

membersihkan—

(i)

pusat penjaja kecuali medan makan yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian; dan

(ii)

pasar kecuali pasar yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian;

(c)

membersihkan sisa pepejal terkawal yang dibuang dengan menyalahi undang-undang di atas jalan awam dan di tempat awam;

(d)

membersihkan pantai;

(e)

memotong rumput di tepi bebendul jalan awam;

(f)

memotong rumput di tempat awam; dan

(g)

mengalihkan bangkai, tetapi tidak termasuk pelandskapan dan penyenggaraan jalan awam dan tempat awam;

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 15

“perkhidmatan pengurusan sisa pepejal” ertinya pengasingan, penstoran, pemungutan, pengangkutan, pemindahan, pemprosesan, pengitaran semula, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal terkawal;

“pihak berkuasa tempatan”—

(a)

ertinya mana-mana pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan

Tempatan 1976;

(b)

*berhubung dengan Wilayah Persekutuan Labuan, ertinya pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan di bawah

Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, Sabah, yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan

Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Kerajaan Tempatan)

1984 [P.U. (A) 169/1984];

(c)

berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ertinya Dato Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

[Akta 190]; dan

(d)

termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilantik atau diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk menjalankan dan melaksanakan kuasa dan fungsi yang diberikan dan dikenakan ke atas pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“premis” termasuklah rumah, bangunan, tanah, isemen walau apa pun jenis pemegangannya, sama ada terbuka atau tertutup, sama ada dengan binaan atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggarakan di bawah pihak berkuasa berkanun atau tidak;

“pusat pengitaran semula” ertinya suatu tempat di mana orang awam boleh sama ada meletakkan atau menjual sisa pepejal yang boleh dikitar semula;

*CATATAN—Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 [Sabah No. 11 tahun 1961] dimansuhkan dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 439/2010.

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 672

“sisa pepejal” termasuklah—

(a)

apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses;

(b)

apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau

(c)

apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan, tetapi tidaklah termasuk buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

[Akta 127], kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau sisa radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304];

“sisa pepejal awam” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh tempat awam, yang di bawah penyeliaan atau kawalan mana-mana pihak berkuasa tempatan;

“sisa pepejal import” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan di negara lain dan diimport ke Malaysia untuk diproses atau dilupuskan;

“sisa pepejal isi rumah” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman;

“sisa pepejal keinstitusian” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh—

(a)

mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi maksud sembahyang atau bagi khairat;

(b)

mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana jabatan

Kerajaan Persekutuan atau Negeri, mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana badan berkanun;

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 17

(c)

mana-mana premis pendidikan;

(d)

mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklah hospital, klinik dan pusat kesihatan; atau

(e)

mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam, muzium awam, perpustakaan awam dan rumah anak yatim;

“sisa pepejal khas” ertinya apa-apa jenis sisa pepejal terkawal yang ditetapkan yang—

(a)

berbahaya atau boleh membahayakan kesihatan awam;

atau

(b)

sukar untuk diolah, disimpan atau dilupuskan, sehingga peruntukan khas dikehendaki bagi menguruskannya;

“sisa pepejal komersial” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti komersial;

“sisa pepejal pembinaan” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti pembinaan atau perobohan, termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau pengubahan;

“sisa pepejal perindustrian” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti perindustrian;

“sisa pepejal terkawal” ertinya apa-apa sisa pepejal yang tergolong dalam mana-mana kategori yang berikut:

(a)

sisa pepejal komersial;

(b)

sisa pepejal pembinaan;

(c)

sisa pepejal isi rumah;

(d)

sisa pepejal perindustrian;

(e)

sisa pepejal keinstitusian;

(f)

sisa pepejal import;

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 672

(g)

sisa pepejal awam; atau

(h)

sisa pepejal yang ditetapkan dari semasa ke semasa;

“sisa pepejal yang boleh dikitar semula” ertinya sisa pepejal terkawal yang sesuai untuk dikitar semula sebagaimana yang ditetapkan;

“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini atau bahagian Akta ini mula berkuat kuasa;

“tempat awam” ertinya mana-mana ruang terbuka, tempat letak kereta, taman, tempat atau medan rekreasi dan bersuka-suka, sama ada terkepung atau tidak, yang dikhaskan atau diuntukkan bagi kegunaan awam atau yang kepadanya orang ramai mempunyai akses pada bila-bila masa;

“Tribunal” ertinya Tribunal Perkhidmatan Pengurusan Sisa

Pepejal yang ditubuhkan di bawah seksyen 34.