Skip to content

Seksyen 31

Mendapatkan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 31 of 112
Seksyen 31
(1)

Jika caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal boleh didapatkan oleh Perbadanan, atau oleh orang yang dengannya perjanjian telah dibuat di bawah seksyen 4, Perbadanan atau orang itu boleh menyampaikan kepada pemunya, penghuni, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lain suatu notis bertulis yang meminta pembayaran jumlah wang yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh, yang hendaklah tidak kurang dari empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1) jumlah wang atau sebahagian daripada jumlah wang yang kena dibayar itu masih belum dibayar,

Perbadanan atau orang yang dengannya perjanjian telah dibuat di bawah seksyen 4 boleh menyampaikan kepada pemunya, penghuni, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lain suatu notis bertulis selanjutnya yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kena dibayar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu; dan jika selepas habis tempoh tersebut, jumlah wang yang kena dibayar itu masih belum dibayar, Perbadanan atau orang itu boleh memulakan prosiding dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau Tribunal yang ditubuhkan di bawah Akta ini untuk mendapatkan jumlah wang itu.

40

Undang-Undang Malaysia

Akta 672