Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

6. Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan mana-mana fungsi lain yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh Akta ini, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk mencadangkan, selepas mengambil kira syor daripada

Perbadanan, dasar, rancangan dan strategi berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Menteri;

(b)

untuk merumuskan, selepas mengambil kira syor daripada

Perbadanan, rancangan bagi pengurusan sisa pepejal termasuk lokasi, jenis dan saiz kemudahan pengolahan baru, kawasan lingkungan kemudahan pengurusan sisa pepejal, skim pengurusan sisa pepejal untuk membekalkan sisa pepejal terkawal kepada kemudahan pengurusan sisa pepejal dan jangka masa bagi pelaksanaan rancangan itu;

(c)

untuk menetapkan, selepas mengambil kira syor daripada

Perbadanan, standard, spesifikasi dan tataamalan yang berhubungan dengan mana-mana aspek perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam;

(d)

untuk melaksanakan fungsi pengawalseliaan yang dinyatakan dalam Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(e)

untuk memberikan lesen dan kelulusan di bawah Akta ini; dan

(f)

untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain bagi maksud menjalankan, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 21

Report

Bahagian III

Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan atau Penutupan Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan

Bahagian IV

Peruntukan Pelesenan

Bahagian V

CAJ

Bahagian VI

Tribunal Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal

Bahagian VII

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian VIII

Kawalan ke Atas Penghasil Sisa Pepejal dan Orang yang Memiliki Sisa Pepejal Terkawal

Bahagian IX

Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian X

Pengurangan dan Mendapatkan Semula Sisa Pepejal Terkawal

Bahagian XI

Bahagian XII

Kecualian dan Peralihan