Akta Pembangunan Sukan 1997 · Updated to 10 Mar 2023 · Bahagian VII · Pelbagai
34. Penggunaan kaedah dan garis panduan antarabangsa yang diiktiraf untuk pertandingan
Feedback & supportSesuatu badan sukan hendaklah memastikan bahawa semua pertandingan dan acara sukan yang dibenarkan, dijalankan atau disertai olehnya serta pertandingan dan acara sukan yang diadakan di bawah naungannya, adalah mengikut kaedah dan garis panduan yang diiktiraf oleh semua badan pengelola dan pengawalseliaan bagi sukannya dalam semua perkara, termasuk standard dan kelayakan semua peserta dan pegawai serta langkah kesihatan dan keselamatan bagi peserta, pegawai dan penonton di pertandingan atau acara itu.