Akta Pembangunan Sukan 1997 · Updated to 10 Mar 2023 · Bahagian VII · Pelbagai
36. Syarikat hendaklah memohon untuk mendapatkan lesen untuk beroperasi
Feedback & supportSesuatu syarikat tidak boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti sukan atau dalam apa-apa aktiviti lain yang berkaitan dengan sukan, yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan, melainkan jika ia dilesenkan untuk berbuat demikian oleh Pesuruhjaya.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 576
Lesen yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dikenakan fi dan apa-apa syarat yang difikirkan oleh Pesuruhjaya patut dikenakan.
Pesuruhjaya boleh, apabila berpuas hati bahawa ada alasan yang munasabah untuk berbuat demikian, membatalkan lesen yang dikeluarkan kepada suatu syarikat di bawah seksyen ini setelah memberi syarikat itu peluang untuk membuat representasi kepadanya.
Mana-mana syarikat yang melanggar subseksyen
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dilakukan oleh suatu syarikat, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa lain bagi syarikat itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat itu atau yang membantu dalam pengurusannya―
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat itu;
dan
jika syarikat itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan―
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Pembangunan Sukan 29