Akta Pembangunan Sukan 1997 · Updated to 10 Mar 2023 · Bahagian VII · Pelbagai
43. Pencegahan anomali
Feedback & supportMenteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan Akta ini yang didapatinya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh mula berkuat kuasanya Akta ini:
Dengan syarat bahawa Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini.
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, tambahan, pemotongan, penggantian, adaptasi, variasi, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.
*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak menjadi Akta Pertubuhan 1966
[Akta 832].
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 576
*CATATAN—lihat seksyen 16 Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018
[Akta A1570] m.b.p 1 Mac 2019 yang memberikan peruntukan seperti yang berikut:
Peruntukan kecualian dan peralihan