Akta Pembangunan Sukan 1997 · Updated to 10 Mar 2023 · Bahagian VII · Pelbagai
38. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi maksud menguatkuasakan atau melaksanakan peruntukan Akta ini.
Secara khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen
,
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
borang yang hendaklah digunakan dan syarat yang hendaklah dipatuhi dalam memohon untuk didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini.
maklumat yang kena diberikan kepada Pesuruhjaya;
standard, spesifikasi dan kehendak teknikal bagi semua kemudahan sukan di Malaysia;
tatacara dalaman bagi penyelesaian pertikaian dalam badan sukan;
garis panduan bagi pengeluaran lesen kepada sesuatu syarikat; dan
menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan di bawah
Akta ini.
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini atau seksyen 26 boleh memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggarannya adalah suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 576
pengenaan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.