Akta Pembangunan Sukan 1997 · Updated to 10 Mar 2023 · Bahagian VII · Pelbagai
42. Peruntukan peralihan
Feedback & supportSemua permohonan untuk pendaftaran sebagai pertubuhan yang menjalankan aktiviti yang hanya boleh dijalankan oleh suatu badan sukan dan semua permohonan untuk kelulusan oleh pertubuhan sedemikian di bawah *Akta Pertubuhan 1966 yang belum
*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak menjadi Akta Pertubuhan 1966
[Akta 832].
Pembangunan Sukan 31
selesai pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh itu, terhenti diuruskan di bawah Akta itu dan hendaklah diuruskan di bawah peruntukan Akta ini.
Apa-apa prosiding atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum sahaja tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini di bawah *Akta Pertubuhan 1966 boleh diteruskan atau dimulakan di bawah Akta itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Akta ini tidaklah menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah
*Akta Pertubuhan 1966 sebelum tarikh mula berkuatkuasanya
Akta ini, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.