24. Penggantian seksyen 20
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 20 dengan seksyen yang berikut:
“Hal keadaan yang menjadikan wajib bagi pemilik hakmilik strata sementara memohon untuk hakmilik strata
s 20Section 20
Pemilik bagi hakmilik strata sementara hendaklah, dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan
, memohon mengikut subseksyen 20a(1) dan 20b(1) bagi pecah bahagi bangunan atau tanah yang boleh dikeluarkan hakmilik strata, jika pada bila-bila masa dia telah menjual atau bersetuju untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan atau tanah itu kepada mana-mana orang.
Tempoh yang dalamnya kehendak subseksyen (1)
hendaklah dipatuhi adalah seperti yang berikut:
dalam hal jika penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu berlaku dan dokumen yang memperakui peringkat struktur utama dikeluarkan selepas permulaan kuat kuasa
Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh pengeluaran dokumen yang memperakui peringkat struktur utama itu;
dalam hal jika bangunan siap selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan, atau penjualan atau perjanjian pertama itu berlaku sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan;
dalam hal di mana bangunan telah siap dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan atau penjualan atau perjanjian pertama itu berlaku sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;
Hakmilik Strata (Pindaan)
dalam hal jika bangunan telah siap sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan atau penjualan atau perjanjian pertama itu berlaku selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu berlaku.
Jika pemilik hakmilik strata sementara belum menjual atau belum bersetuju untuk menjual mana-mana petak dalam suatu bangunan atau tanah itu kepada mana-mana orang dan bangunan atau tanah itu telah dikeluarkan perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki, pemilik hakmilik strata sementara hendaklah—
dalam hal jika perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki dikeluarkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon kepada Pengarah
Ukur bagi pengeluaran sijil cadangan pelan strata dalam masa tiga bulan dari pengeluaran perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki;
dalam hal jika perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki dikeluarkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pemilik hakmilik strata sementara hendaklah, dalam masa tiga bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon kepada Pengarah Ukur untuk pengeluaran sijil cadangan pelan strata.
Pemilik hakmilik strata sementara bangunan atau tanah yang telah dikeluarkan sijil cadangan pelan strata di bawah subseksyen 20a(8), hendaklah memohon bagi pecah bahagi di bawah subseksyen 20b(1) dalam masa satu bulan dari tarikh pengeluaran sijil cadangan pelan strata.
Tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan
boleh, atas permohonan yang dibuat sebelum habis tempohnya, dilanjutkan satu kali oleh Pengarah Ukur bagi apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi satu bulan.
Tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4) boleh, atas permohonan yang dibuat sebelum tamat tempohnya, dilanjutkan satu kali oleh Pengarah bagi apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi satu bulan.
Undang-Undang Malaysia 32
Permohonan untuk kelulusan Pengarah hendaklah dianggap sebagai tidak dibuat mengikut subseksyen (1) jika permohonan itu cacat disebabkan oleh apa-apa ketidakpatuhan material dengan mana-mana kehendak subseksyen 20b(1)
yang berkaitan dengan permohonan itu.
Jika sesuatu permohonan tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3) dan (4) atau dalam tempoh perlanjutan yang diberikan di bawah subseksyen (5)
atau (6) berkenaan dengan sesuatu bangunan atau tanah, pemilik asal adalah melakukan suatu kesalahan.
Pemilik hakmilik strata sementara yang melakukan apa-apa kesalahan di bawah subseksyen (7) atau (8) hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan terus dilakukan, didenda selanjutnya tidak kurang daripada satu ratus ringgit tetapi tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”.