Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

22. Seksyen baru 19a

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 19

seksyen yang berikut:

“Pindah hakmilik pemunyaan hakmilik strata 19a.  (1)  Mana-mana pemilik asal atau mana-mana orang atau badan yang dilantik oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa hendaklah menyempurnakan pemindahan hakmilik strata kepada pembeli dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pengeluaran hakmilik strata oleh Pentadbir Tanah atau apa-apa tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pengarah apabila daftar strata dibuka.

(2)

Mana-mana pembeli hendaklah menyempurnakan dokumen pemindahan hakmilik strata yang lengkap dalam masa tiga puluh hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pengarah dari tarikh notis pemindahan hakmilik strata diserahkan kepada pembeli oleh pemilik asal atau dari tarikh pembelian petak, mengikut mana-mana yang terkemudian.

(3)

Mana-mana pemilik asal atau mana-mana orang atau badan yang dilantik oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau mana-mana pembeli yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit bagi setiap petak.”.

Report