5. Seksyen baru 4b
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4a seksyen yang berikut:
“Permulaan kuat kuasa Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik Strata di mana-mana Pejabat Pendaftaran
Tanah 4b.. (1) Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik
Strata hendaklah mula berkuat kuasa di mana-mana Pejabat
Pendaftaran Tanah melalui pemberitahuan dalam Warta menurut subseksyen 5d(1) Kanun Tanah Negara.
Undang-Undang Malaysia 8
Bagi maksud subseksyen (1)—
“Pusat Pemulihan Bencana” ertinya suatu pusat sistem sokongan dan pemulihan yang ditubuhkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri untuk penyambungan urusan operasi Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik;
“Pejabat Pendaftaran Tanah” termasuk—
dalam hal hakmilik strata yang dipegang atau yang akan dipegang bergantung kepada hakmilik Pejabat Pendaftaran, pejabat
Pendaftar Hakmilik bagi Negeri itu;
dalam hal hakmilik strata yang dipegang atau yang akan dipegang bergantung kepada hakmilik Pejabat Tanah, pejabat Pentadbir
Tanah bagi Daerah itu; dan
pada ketika bencana seperti yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Pusat Pemulihan
Bencana.
Apabila Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi
Hakmilik Strata mula berkuat kuasa di mana-mana Pejabat
Pendaftaran Tanah—
peruntukan Jadual Keenam hendaklah terpakai setakat mana ia berkait dengan bentuk dokumen hakmilik strata, prosedur untuk penyediaan dan pendaftaran mana-mana dokumen hakmilik strata, mana-mana urusniaga dan mana-mana pemasukan atau pengendorsan apa-apa nota, memorial atau memorandum atau mana-mana pembetulan atau pembatalan mengenainya atas mana-mana dokumen hakmilik strata;
peruntukan-peruntukan lain bagi Akta ini yang berkait dengan Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik hendaklah dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Jadual Keenam; dan
peruntukan Jadual Kelima hendaklah tidak lagi beroperasi.
Menteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah Negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual
Keenam.”.
Hakmilik Strata (Pindaan)