Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

8. “Hal keadaan yang adalah wajib memohon bagi pecah bahagi bangunan atau tanah

Feedback & support
(1)

Pemilik asal mana-mana tanah beri hakmilik yang di atasnya terdapat bangunan yang boleh dikeluarkan hakmilik strata hendaklah, dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3), memohon mengikut subseksyen 8a(1)

dan 9(1) untuk pecah bahagi bangunan atau tanah itu jika pada bila-bila masa dia telah menjual atau bersetuju untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan atau tanah itu kepada mana-mana orang.

(2)

Tempoh yang dalamnya kehendak subseksyen 8a(1)

hendaklah dipatuhi adalah seperti berikut:

(a)

dalam hal jika penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu berlaku dan dokumen perakuan peringkat struktur utama dikeluarkan selepas permulaan kuat kuasa

Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh pengeluaran dokumen yang memperakui peringkat struktur utama;

Undang-Undang Malaysia 10

(b)

dalam hal jika bangunan siap selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu, berlaku sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan;

(c)

dalam hal jika bangunan siap dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu dibuat selepas permulaan kuat kuasa

Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan atau penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu, atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu dibuat, mengikut mana-mana yang terkemudian;

(d)

dalam hal jika bangunan telah siap dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu, atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu, dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;

(e)

dalam hal jika bangunan telah siap sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu, atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu, dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu dibuat.

(3)

Pemilik asal tanah beri hakmilik yang di atasnya bangunan atau tanah telah dikeluarkan sijil cadangan pelan strata di bawah subseksyen 8a(8), hendaklah memohon untuk pecah bahagi mengikut subseksyen 9(1) dalam tempoh satu bulan dari tarikh pengeluaran sijil cadangan pelan strata.

(4)

Tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) boleh, atas permohonan yang dibuat sebelum tamatnya tempoh itu, dilanjutkan sekali oleh Pengarah Ukur selama apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi satu bulan.

Hakmilik Strata (Pindaan)

(5)

Tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (3) boleh, atas permohonan yang dibuat sebelum habis tempoh itu, dilanjutkan sekali oleh Pengarah selama apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi satu bulan.

(6)

Permohonan untuk kelulusan Pengarah hendaklah dianggap sebagai tidak menurut subseksyen 8a(1) jika permohonan itu adalah cacat atas alasan ketidakpatuhan yang material dengan mana-mana kehendak subseksyen 9(1)

berhubung dengan permohonan itu.

(7)

Jika permohonan tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3), dan, dalam tempoh pelanjutan yang diberikan di bawah subseksyen (4) atau (5)

berkenaan dengan sesuatu bangunan atau tanah, pemilik asal adalah melakukan suatu kesalahan.

(8)

Pemilik asal yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (7) hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak kurang daripada satu ratus ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”.

Report