15. Pindaan seksyen 12
Feedback & supportSeksyen 12 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“seksyen 10” dengan perkataan “seksyen 9”;
dalam perenggan (1)(a), dengan menggantikan perkataan
“seksyen 9” dengan perkataan “seksyen 10”; dan
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Jika Pengarah telah meluluskan sesuatu permohonan untuk pecah bahagi bangunan atau tanah, dia hendaklah meminta Pengarah Ukur untuk menyediakan atau menyebabkan untuk disediakan pelan strata yang diperakui.”;
Undang-Undang Malaysia 24
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Jika Pengarah telah menolak mana-mana permohonan itu, dia hendaklah—
memberitahu Pentadbir Tanah yang dengan segera memaklumkan pemilik dan membatalkan atau menyebabkan dibatalkan catatan yang diendorskan dalam dokumen hakmilik daftar menurut subseksyen 9(3); dan
membayar balik fi bagi penyediaan dan pendaftaran hakmilik strata.”.