18. Pindaan seksyen 15
Feedback & supportSeksyen 15 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dalam subperenggan (b)(i), dengan menggantikan perkataan “syarat nyata dan sekatan kepentingan”
dengan perkataan “syarat nyata, sekatan kepentingan, memorial, endorsan dan catatan-catatan lain”;
dan
(ii)
dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:
“(d) dokumen hakmilik daftar dalam Borang 4
berkenaan dengan petak dan dalam Borang 4a berkenaan dengan blok sementara.”;
dan
(b)
dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan
“kaveat itu hendaklah kekal dalam” dengan perkataan
“dia boleh, sebagai ganti kepada menyatakan atau meringkaskan kaveat itu, mengendorskan suatu pernyataan dalam Borang 3 yang bermaksud bahawa lot itu tertakluk kepada kaveat yang dimasukkan dalam”.