Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

10. Seksyen baru 9a dan 9b

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9

seksyen yang berikut:

“Permohonan bagi pecah bahagi dalam hal pembangunan berperingkat-peringkat 9a.  Suatu permohonan di bawah subseksyen 9(1), kecuali jika ia berhubung dengan bangunan kos rendah, hendaklah termasuk suatu permohonan bagi pengeluaran hakmilik strata sementara bagi blok sementara yang berkenaan dengan

Undang-Undang Malaysia 20

bangunan atau tanah, yang merupakan bangunan atau tanah yang boleh dipecahbahagikan mengikut subseksyen 6(1) atau

(1a)

, yang dicadangkan untuk, atau sedang, didirikan di atas lot yang berkenaan.

Permohonan bagi pecah bahagi dalam hal bangunan-bangunan kos rendah 9b.  (1)  Pihak Berkuasa Negeri boleh, atas permohonan oleh seseorang pemilik mana-mana tanah beri hakmilik atau pada bila-bila masa atas kehendaknya sendiri, dengan mengambil kira lokasi, jenis pembinaan dan kos bangunan itu, mengklasifikasikannya sebagai bangunan kos rendah.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Pihak Berkuasa

Negeri boleh mengklasifikasikan mana-mana jenis bangunan sebagai bangunan kos rendah.

(3)

Apabila mengklasifikasikan mana-mana bangunan sebagai bangunan kos rendah, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengeluarkan suatu perakuan kepada pemilik tanah beri hakmilik itu.

(4)

Apabila diterima perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak

Berkuasa Negeri, pemilik tanah beri hakmilik itu hendaklah memohon untuk memecahbahagikan bangunan itu di bawah subseksyen 9(1).

(5)

Tiada bangunan yang didirikan dalam suatu blok sementara boleh diklasifikasikan sebagai suatu bangunan kos rendah.”.

Report