Skip to content

Seksyen 95

Bidang kuasa jenayah Mahkamah Penghulu

of Akta Mahkamah Rendah 1948

ActIn forceProvision 27 of 30
Seksyen 95
(1)

Bidang kuasa jenayah Mahkamah Penghulu terhad kepada perbicaraan kesalahan jenis kecil yang dinyatakan secara khusus dalam Kuasanya dan yang boleh dihukum dengan memadai dengan denda yang tidak melebihi denda yang boleh diawardkan oleh

Mahkamah Penghulu di bawah seksyen 96.

(2)

Bidang kuasa jenayah Mahkamah Penghulu juga dihadkan kepada perbicaraan pertuduhan terhadap orang daripada ras Asia.

(3)

Mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di hadapan Mahkamah Penghulu boleh memilih untuk dibicarakan oleh Mahkamah Majistret, dan orang itu hendaklah diberitahu oleh Penghulu, sebelum perbicaraannya dimulakan, tentang haknya untuk memilih sedemikian. Jika mana-mana orang memilih untuk dibicarakan oleh Mahkamah Majistret di bawah subseksyen ini,

Penghulu hendaklah dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Majistret.