Seksyen 97
Penguatkuasaan perintah Mahkamah Penghulu
Sekiranya apa-apa perintah yang sah dibuat oleh Mahkamah
Penghulu tidak dipatuhi, Mahkamah itu boleh melaporkan perkara itu, bersama dengan suatu salinan segala prosiding mengenainya, kepada Mahkamah Majistret, dan sesudah itu Mahkamah Majistret boleh menguatkuasakan perintah itu seolah-olah perintah itu ialah suatu perintah yang dibuat olehnya.
(2)
Bagi maksud menguatkuasakan apa-apa perintah sedemikian
Mahkamah Majistret boleh menjalankan apa-apa kuasa atau membuat apa-apa perintah tambahan yang mungkin dijalankan atau dibuat olehnya jika perintah yang kena dikuatkuasakan itu telah dibuat olehnya pada mulanya.
†*BAHAGIAN IX
JAKSA PENDAMAI
Pelantikan Jaksa Pendamai
*98.
Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui waran yang ditandatangani olehnya, melantik mana-mana orang yang difikirkannya layak menjadi Jaksa Pendamai di dalam dan bagi
Negeri itu, dan boleh dengan cara yang sama membatalkan mana-mana pelantikan sedemikian. Segala pelantikan dan pembatalan pelantikan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu dalam Warta.
Kuasa Jaksa Pendamai
**99.
Jaksa Pendamai hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan di dalam Negeri yang baginya mereka dilantik apa-apa kuasa yang tidak melebihi kuasa Majistret Kelas Kedua sebagaimana yang diberikan kepada mereka oleh mana-mana undang-undang bertulis.
†*CATATAN—Bahagian IX tidak terpakai di Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan–lihat P.U. (A) 43/1974.
**CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
28
Undang-Undang Malaysia