Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bab I · Darihal Maklumat Kepada Hakim dan Pegawai Penguat Kuasa Agama

37. Tatacara tentang penangkapan orang yang terhadapnya waran dikeluarkan

Feedback & support
(1)

Apabila waran tangkap dilaksanakan di luar had bidang kuasa tempatan Mahkamah yang mengeluarkannya, maka orang yang ditangkap itu hendaklah, melainkan jika jaminan telah diambil di bawah seksyen 33, dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Rendah

Syariah yang terdekat.

(2)

Hakim itu hendaklah, jika ternyata orang yang ditangkap itu ialah orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran itu, mengarahkan pemindahan orang itu dalam jagaan ke

Mahkamah yang dinamakan dalam waran itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), jika kesalahan itu boleh dijamin dan orang yang ditangkap itu sedia dan sanggup memberikan jaminan yang memuaskan hati Mahkamah yang ke hadapannya dia dibawa, atau suatu arahan telah diendorskan di bawah seksyen 33 di atas waran itu dan orang itu sedia dan sanggup memberikan jaminan yang dikehendaki oleh arahan itu, maka Hakim itu hendaklah mengambil bon atau jaminan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan mengemukakan bon itu kepada Mahkamah yang dinamakan dalam waran itu.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghalang seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis daripada mengambil jaminan di bawah seksyen 33.

Kaedah-kaedah lain mengenai

Saman Kehadiran dan Waran Tangkap

Report

Bahagian IV

Maklumat Kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Kuasa Mereka untuk Menyiasat

Bahagian V

Prosiding dalam Pendakwaan

Bab

Darihal Penggantungan Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab

Darihal Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VI

Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan

Bahagian VIII

Schedules