Skip to content

Seksyen 33

Mahkamah boleh mengarahkan jaminan yang hendak diambil melalui pengendorsan di atas waran

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 33 of 231
Seksyen 33
(1)

Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran bagi menangkap mana-mana orang boleh, menurut budi bicaranya, mengarahkan melalui pengendorsan di atas waran itu bahawa jika orang itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin yang mencukupi bagi kehadirannya di hadapan Mahkamah itu pada masa yang ditetapkan dan sesudah itu sehingga diarahkan selainnya oleh

Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil jaminan itu dan hendaklah melepaskan orang itu daripada jagaan.

(2)

Pengendorsan itu hendaklah menyatakan—

(a)

bilangan penjamin;

(b)

amaun yang dengannya mereka dan orang yang bagi penangkapannya waran itu telah dikeluarkan masing-masingnya terikat; dan

(c)

tempat dan masa dan tarikh dia dikehendaki hadir di hadapan Mahkamah.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 560

(3)

Apabila jaminan diambil di bawah seksyen ini, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.