Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 · Updated to 1 Jan 2013 · Bab I · Darihal Maklumat Kepada Hakim dan Pegawai Penguat Kuasa Agama
29. Saman: bagaimana disampaikan
Feedback & supportSaman hendaklah, jika praktik, disampaikan kepada orang yang disaman itu sendiri dengan menunjukkan kepadanya saman yang asal dan dengan memberikan atau menyerahkan kepadanya suatu salinan saman itu di bawah meterai Mahkamah.
Tiap-tiap orang yang kepadanya saman itu disampaikan sedemikian hendaklah, jika dikehendaki sedemikian oleh pegawai penyampai itu, menandatangani penerimaan salinan saman itu di bahagian belakang saman yang asal.
Jika orang yang hendak disaman itu tidak dapat dijumpai setelah usaha wajar dijalankan, maka saman itu bolehlah disampaikan dengan meninggalkan suatu salinan saman itu untuknya dengan seorang anggota keluarganya yang dewasa atau dengan pekhidmatnya yang tinggal bersamanya.