Skip to content

Seksyen 32

Bentuk waran tangkap

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 32 of 231
Seksyen 32
(1)

Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Akta ini hendaklah mengikut Borang 3 Jadual Kedua dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meterai

Mahkamah.

(2)

Tiap-tiap waran itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.