Skip to content

Seksyen 39

Saman kehadiran dan waran tangkap boleh dilaksanakan di mana-mana bahagian di Malaysia

of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 39 of 231
Seksyen 39
(1)

Segala saman kehadiran dan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah boleh disampaikan atau dilaksanakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di mana-mana bahagian di

Malaysia; tetapi saman itu tidak boleh disampaikan di luar had bidang kuasa tempatan Mahkamah yang mengeluarkannya melainkan jika saman itu diendorskan oleh Mahkamah itu dengan perkataan

“Bagi penyampaian di luar bidang kuasa”.

(2)

Tiada saman boleh diendorskan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya dengan perkataan “Bagi penyampaian di luar bidang kuasa” melainkan jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa ada alasan khas bagi membenarkan penyampaian sedemikian, dan alasan itu hendaklah direkodkan sebelum saman itu diendorskan sedemikian.