Skip to content
In forceUpdated to 5 Oct 2024Read it in English

Bahagian IV · Perakuan Amalan Tahunan

30. Section 30

Feedback & support
(1)

Peguam Syarie hilang kelayakan untuk memohon bagi suatu

Perakuan Amalan Tahunan—

(a)

melainkan jika dia menjalankan amalan atau berhasrat untuk menjalankan amalan sama ada sebagai tuan punya tunggal atau secara perkongsian di Wilayah-Wilayah Persekutuan;

(b)

melainkan jika dia diguna khidmat sepenuh masa dalam menjalankan amalannya di Wilayah-Wilayah Persekutuan oleh firma yang di bawahnya Peguam Syarie itu menjalankan amalan; atau

(c)

jika dia diguna khidmat secara berkeuntungan oleh mana-mana orang lain, firma atau badan atas kapasiti selain sebagai Peguam

Syarie.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(c), Peguam Syarie yang diguna khidmat secara berkeuntungan oleh mana-mana orang lain, firma atau badan atas kapasiti selain sebagai Peguam Syarie boleh, setelah memperoleh kelulusan

Majlis Peguam Syarie, memohon bagi suatu Perakuan Amalan Tahunan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, orang berkelayakan tidak boleh ditafsirkan sebagai diguna khidmat secara berkeuntungan jika dia berkhidmat dalam

Perkhidmatan Pegawai Syariah, Jabatan Bantuan Guaman dan Perkhidmatan

Kehakiman dan Perundangan.

Report

Bahagian V

Hak dan Keistimewaan Peguam Syarie

Bahagian VI

Nama Firma

Bahagian VII

Wilayah-Wilayah Persekutuan

Bahagian VIII

Amalan, Etika, Kelakuan dan Tatatertib Profesional Peguam Syarie

Bahagian IX

Prosiding Tatatertib

Bahagian X

Kumpulan Wang Tatatertib

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules