Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian IV · Perakuan Amalan Tahunan
31. Daftar Pengamal
Feedback & supportKetua Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar tahunan yang dikenali sebagai Daftar Pengamal.
Apabila dikeluarkan suatu Perakuan Amalan Tahunan, Ketua
Pendaftar hendaklah memastikan bahawa butir-butir yang terkandung dalam akuan yang dikemukakan di bawah perenggan 29(2)(a) dan butir-butir lain yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dicatat dalam Daftar Pengamal.
Jika terdapat apa-apa perubahan butir-butir Peguam Syarie dalam
Daftar Pengamal, Peguam Syarie itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari perubahan itu, memberitahu Ketua Pendaftar dan Majlis Peguam Syarie mengenai perubahan butir-butir itu, dan Ketua Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya catatan mengenai perubahan butir-butir berkenaan dengan Peguam Syarie itu dibuat dalam Daftar Pengamal.
Mana-mana orang boleh memeriksa Daftar Pengamal dengan pembayaran fi yang ditetapkan.