Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian V · Hak dan Keistimewaan Peguam Syarie
38. Kos dan pembayaran kepada orang yang tidak diberi kuasa
Feedback & support(1)
Apa-apa kos berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan oleh orang yang tidak diberi kuasa sebagai Peguam Syarie atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 35 atau 37 tidak boleh didapatkan semula oleh mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, guaman atau perkara.
(2)
Apa-apa pembayaran kepada orang yang tidak diberi kuasa bagi apa-apa jua yang dilakukan yang menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 35 atau 37 boleh didapatkan semula di dalam mahkamah yang berbidang kuasa berwibawa oleh orang yang telah membayar wang itu.