Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian II
5. Kuasa Lembaga
Feedback & supportLembaga boleh melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah
Bahagian ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh—
melantik apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu dan suai manfaat oleh Lembaga untuk membantu Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya dan dalam penjalanan kuasanya;
membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Lembaga atau jawatankuasanya;
melantik mana-mana pensyarah atau pemeriksa bagi maksud menyediakan kursus pengajaran, latihan, pendidikan temu duga dan peperiksaan di bawah perenggan 4(b);
membayar elaun dan faedah lain kepada pensyarah dan pemeriksa yang dilantik di bawah perenggan (c); dan
mengenakan apa-apa fi atau caj lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya.