Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 · Updated to 5 Oct 2024 · Bahagian II
9. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie, dsb
Feedback & supportLembaga boleh, dengan kelulusan
Menteri, membuat kaedah-kaedah yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
kelayakan seseorang bagi penerimaan masuk sebagai Peguam
Syarie;
kursus pengajaran, latihan, pendidikan, temu duga dan peperiksaan bagi penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie;
pengalaman amali yang dikehendaki bagi penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie;
fi atau caj yang boleh dikenakan oleh Lembaga dalam penjalanan fungsinya dan pelaksanaan kuasanya; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan oleh
Lembaga di bawah Akta ini.
Kuasa untuk mengecualikan