Seksyen 15A
Penubuhan skim faedah kematian dan hilang upaya
of Akta Tabung Angkatan Tentera 1973
Suatu skim yang bernama skim faedah kematian dan hilang upaya hendaklah ditubuhkan bagi pembayaran faedah kematian dan hilang upaya mengenai pencarum.
(2)
Jika seseorang pencarum—
(a)
mati semasa dalam perkhidmatan; atau
Tabung Angkatan Tentera 27
(b)
diberhentikan daripada perkhidmatan oleh sebab kelemahan akal atau tubuh badan,
Lembaga boleh mengikut budi bicaranya membayar masing-masing—
(i)
faedah kematian; atau
(ii)
faedah hilang upaya, dalam apa-apa kuantum dan kepada mana-mana orang yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22.
(3)
Bagi mengelakkan keraguan adalah diisytiharkan bahawa—
(a)
faedah kematian; atau
(b)
faedah hilang upaya, yang kena dibayar menurut skim itu tidaklah, masing-masing menjadi mana-mana bahagian harta pusaka—
(i)
pencarum yang mati sedemikian itu; atau
(ii)
pencarum sedemikian itu yang mati pada bila-bila masa sebelum faedah hilang upaya dibayar kepadanya.
(4)
Jika apa-apa pembayaran faedah kematian atau hilang upaya dibuat dengan suci hati dan mengikut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22, pembayaran itu menjadi penjelasan yang sepenuh dan sepatutnya terhadap segala tanggungan dan tiada apa-apa tindakan, guaman atau prosiding bagi pembayaran itu atau yang mempersoalkan pembayaran itu boleh diambil atau diadakan terhadap Tabung, Lembaga atau mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga.
28
Undang-Undang Malaysia
Menteri boleh menggantung, mengubah atau menghentikan skim faedah kematian dan hilang upaya