Skip to content

Seksyen 17

Akaun dan audit

of Akta Tabung Angkatan Tentera 1973

ActIn forceProvision 24 of 34
Seksyen 17
(1)

Lembaga hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan penjalanannya dan hendaklah menyebabkan supaya disediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

(2)

Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua

Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang dilantik oleh

Lembaga dengan kelulusan Menteri Kewangan.

(3)

Selepas berakhir setiap tahun kewangan, sebaik sahaja akaun

Lembaga telah diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa pandangan audit.

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan di hadapan setiap satu Majlis

Parlimen.

Tabung Angkatan Tentera 31