Seksyen 5
Fungsi Lembaga dan penubuhan jawatankuasa oleh Lembaga
of Akta Tabung Angkatan Tentera 1973
Menjadi fungsi
Lembaga untuk mentadbirkan dan menguruskan Tabung mengikut apa-apa cara yang akan memajukan kepentingan pencarum dan juga personel akan bersara dan personel bersara yang berkenaan dalam angkatan tetap Malaysia dan anggota kerahan angkatan sukarela dan membentuk dasar yang berkaitan dengan mana-mana fungsinya dan melakukan apa-apa perkara lain yang boleh dilakukan di bawah Akta ini.
(2)
Bagi maksud membantu Lembaga menjalankan fungsinya,
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang terdiri daripada mana-mana orang yang difikirkan layak oleh Lembaga.
(3)
Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknikal termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dilakukan dalam menjalankan fungsinya atau bagi menguatkuasakan dengan lebih berkesan maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada Tabung semua bayaran dan perbelanjaan yang dilakukan sedemikian.
14
Undang-Undang Malaysia