Seksyen 10
Caruman sukarela kepada Tabung
of Akta Tabung Angkatan Tentera 1973
ActIn forceProvision 12 of 34
Seksyen 10
(1)
Mana-mana anggota angkatan tetap Malaysia yang tidak kena mencarum di bawah seksyen 9 atau 9A dan mana-mana anggota kerahan angkatan sukarela boleh memilih untuk membuat caruman bulanan kepada Tabung.
(2)
Subseksyen 9(2) dan 9A(2) dan seksyen 12 tidak terpakai bagi apa-apa caruman yang dibuat di bawah seksyen ini.
(3)
Amaun caruman yang kena dibayar oleh pencarum itu di bawah seksyen ini boleh dibuat dengan cara potongan daripada gaji bulanan pencarum itu dan amaun itu hendaklah dikreditkan kepada akaun pencarum itu.