Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 · Updated to 1 Nov 2022 · Bahagian II · Penubuhan Tabung Angkatan Tentera
15D. Penubuhan skim anuiti veteran
Feedback & supportSuatu skim yang bernama skim anuiti veteran hendaklah ditubuhkan bagi pembayaran anuiti kepada—
seorang askar-lasykar yang memenuhi syarat yang berikut:
dia telah diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia kecuali atas alasan salah laku; dan
dia tidak berkelayakan untuk pencen; dan
seorang pegawai yang memenuhi syarat yang berikut:
dia telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak ditamatkan atas alasan salah laku;
dia tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan; dan
dia telah memilih untuk menyertai skim anuiti veteran.
Anuiti hendaklah dibayar secara bulanan mengikut apa-apa kuantum yang ditentukan oleh Lembaga daripada keuntungan tahunan yang diisytiharkan ke atas—
bayaran yang dikreditkan di bawah subseksyen 9(2)
kepada akaun seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a); atau 30
Undang-Undang Malaysia
nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen 9A(2) dan dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b).
Pembayaran anuiti di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada kena dibayar jika amaun yang disebut dalam perenggan (2)(a)
atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dikeluarkan di bawah perenggan 12(1A)(b).
Caruman bagi kredit seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan seorang pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidak boleh dikira bagi maksud seksyen 15C.