Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2014Read it in English

Bahagian II · Lembaga Tabung Haji

11. Jawatankuasa

Feedback & support
(1)

Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh menubuhkan, sekiranya difikirkannya perlu, jawatankuasa, yang setiap satunya terdiri daripada apa-apa bilangan anggota dan dengan bidang tugas yang ditentukannya.

(2)

Orang yang tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota Lembaga di bawah subseksyen 6(3)

adalah juga tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(3)

Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

(4)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(5)

Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif.

(6)

Setiap jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiap-tiap dua bulan sekali.

(7)

Jika seseorang anggota sesuatu jawatankuasa—

(a)

tidak menghadiri tiga mesyuarat jawatankuasa berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai Eksekutif;

atau

(b)

menjadi tidak layak di bawah subseksyen (2), jawatannya sebagai anggota jawatankuasa hendaklah menjadi kosong.

(8)

Tertakluk kepada subseksyen (6) dan (9), seksyen 7,

8 dan 9 hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa dan anggotanya sebagaimana seksyen itu terpakai bagi Lembaga dan anggotanya.

Tabung Haji 17

(9)

Dalam pemakaiannya bagi sesuatu jawatankuasa—

(a)

seksyen 7 hendaklah dibaca seolah-olah perkataan “Menteri”

digantikan dengan perkataan “Lembaga”; dan

(b)

seksyen 9 hendaklah terpakai bagi seseorang anggota sesuatu jawatankuasa berkenaan dengan apa-apa kontrak atau apa-apa perolehan, pembelian, pajakan atau urus niaga mengenai tanah atau apa-apa projek, pelaburan atau skim yang menjadi urusan jawatankuasa itu.

Report

Bahagian III

Pegawai, Pekhidmat dan Ejen Lembaga

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Pengelola Jemaah Haji

Bahagian VI

Jemaah Haji

Bahagian VII

Pelbagai

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan

Schedules