Tabung Haji Act 1995 · Updated to 1 May 2014 · Bahagian II · Lembaga Tabung Haji
4. Fungsi Lembaga
Feedback & supportLembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
mentadbirkan Kumpulan Wang;
mentadbirkan segala perkara yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji dan untuk merumuskan dasar yang berkaitan dengannya; dan
melakukan apa-apa benda lain yang dikehendaki atau dibenarkan dilakukan di bawah Akta ini.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya secara keseluruhannya atau sebahagiannya di Malaysia atau di luar Malaysia.
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri—
menyertai apa-apa perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bagi berkongsi keuntungan atau menjalankan aktiviti-aktivitinya bersama-sama dengan, atau selainnya, mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau kerajaan yang menjalankan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti sedemikian;
mengambil atau selainnya memperoleh syer dan sekuriti dalam mana-mana pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain dan boleh menjual, memegang atau mengeluarkan semula syer atau sekuriti itu atau selainnya melupuskan atau berurusan dengannya;
Tabung Haji 11
menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga; atau
menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (3)(c).