Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2014Read it in English

Bahagian II · Lembaga Tabung Haji

5. Meterai perbadanan Lembaga

Feedback & support
(1)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah mengandungi suatu peranti yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Ketua Pegawai Eksekutif dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga secara bertulis.

(3)

Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang sekiranya disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Lembaga, dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat

Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(5)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Undang-Undang Malaysia 12

Report

Bahagian III

Pegawai, Pekhidmat dan Ejen Lembaga

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Pengelola Jemaah Haji

Bahagian VI

Jemaah Haji

Bahagian VII

Pelbagai

Bahagian VIII

Pemansuhan dan Peralihan

Schedules