Skip to content

Seksyen 39

of Akta Takaful 1984

ActRepealedProvision 39 of 68

Seksyen 39

(1)

Apabila Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mengesyaki atau mempercayai bahawa seseorang itu bertindak atau mengemukakan dirinya sebagai broker takaful atau ajuster tanpa suatu lesen yang diberi di bawah Akta ini, dia boleh meminta atau memeriksa buku, akaun dan rekod orang itu bagi menentukan sama ada atau tidak orang itu telah melanggar atau sedang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang dengan sengaja enggan mengemukakan buku, akaun dan rekod atau enggan membenarkan pemeriksaannya adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh dua belas bulan atau kedua-duanya dan denda harian tidak melebihi empat ribu ringgit.