Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian II · Dasar dan Pentadbiran

6. Fungsi pihak berkuasa perancang tempatan

Feedback & support
(1)

Fungsi suatu pihak berkuasa perancang tempatan adalah—

(a)

untuk mengawal selia, mengawal, dan merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya;

(b)

untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya; dan

(c)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditugaskan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa

Negeri atau oleh Jawatankuasa.

(2)

Suatu pihak berkuasa perancang tempatan boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.

BAHAGIAN IIA

JAWATANKUASA PERANCANG WILAYAH

Jawatankuasa perancang wilayah

Report

Bahagian III

Rancangan Pemajuan

Bahagian IV

Kawalan Perancangan

Bahagian V

Caj Pemajuan

Bahagian VI

Lembaga Rayuan

Bahagian VII

Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah

Bahagian VIII

Kawasan Pemajuan

Bahagian IX

Peruntukan Pelbagai