Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2021Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Pelbagai

45. Kuasa memasuki

Feedback & support
(1)

Seseorang orang diberi kuasa boleh, dengan atau tanpa penolong atau pekerja, memasuki tanah atau bangunan bagi maksud—

96 Undang-Undang Malaysia AKTA 172

(a)

membuat apa-apa siasatan, pemeriksaan, ukuran, atau kaji ukur, atau mengukur aras tanah atau bangunan itu;

(b)

menetapkan sempadan dan garisan kerja yang dicadangkan;

(c)

menandakan aras, sempadan, dan garisan itu dengan meletakkan atau mengadakan tanda dan menggali peparit;

(d)

menggali atau mengorek subtanih;

(e)

menentukan sama ada apa-apa pemajuan telah dimulakan, diusahakan, atau dijalankan berlanggaran dengan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya; dan

(f)

melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu untuk mentadbirkan Akta ini dengan cekap.

(2)

Tiada kemasukan boleh dilakukan di bawah subseksyen (1)—

(a)

ke dalam sesuatu bangunan yang digunakan semata-mata sebagai rumah kediaman atau kepada mana-mana bahagian atau taman terkepung yang berkembar dengan bangunan itu, melainkan jika keizinan telah didapati terlebih dahulu daripada penghuninya, atau suatu notis bertulis mengenai maksud hendak masuk telah diberikan kepada penghuninya sekurang-kurangnya dua puluh empat jam sebelum kemasukan yang dicadangkan itu;

(b)

tanpa memberikan perhatian yang sewajarnya kepada kelaziman sosial dan agama penghuni tanah atau bangunan itu, yang seimbang dengan pentingnya maksud memasuki;

atau

(c)

selain antara pukul 7 pagi dengan pukul 7 malam.

(3)

Seseorang orang diberi kuasa yang membuat kemasukan di bawah subseksyen (1) hendaklah membawa bersamanya suatu kad kuasa dalam bentuk yang ditetapkan; dan tidaklah menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang yang enggan

Perancangan Bandar dan Desa 97

membenarkan kemasukan orang diberi kuasa atau mana-mana penolong atau pekerjanya jika orang diberi kuasa itu, apabila diminta, tidak mengemukakan kad kuasanya.

Report