Act of Parliament · Updated to 1 Jun 2021 · 9 parts
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
Feedback & supportControlling and regulating town and country planningBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Section 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976 dan hendaklah terpakai di *Semenanjung Malaysia.
Tertakluk pada subseksyen (3), Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa dalam sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri, dengan persetujuan Menteri, melalui pemberitahuan dalam **Warta Negeri.
Pihak Berkuasa Negeri boleh menjalankan kuat kuasa Akta ini dengan apa-apa cara yang difikirkannya paling berfaedah, sesuai, suai manfaat, atau boleh dilaksanakan, sama ada dengan menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan Akta ini, dengan menetapkan tarikh yang berlainan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan atau bagi bahagian yang berlainan kawasan itu, dengan menjalankan kuasa suatu peruntukan secara am dalam
Negeri itu dan pada masa yang sama mengisytiharkan bahawa, selama tempoh atau sehingga masa yang ditentukan, peruntukan itu hendaklah terpakai atau tidak terpakai bagi atau berhubung dengan suatu pihak berkuasa perancang tempatan atau kawasan atau mana-mana bahagian daripada kawasan suatu pihak berkuasa perancang tempatan hanya setakat yang ditentukan sahaja, atau dengan apa-apa cara lain.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bangunan” termasuklah apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kepungan beratap, sama ada digunakan atau tidak digunakan sebagai kediaman manusia, dan apa-apa tembok, pagar, pelantar, perancah, pintu pagar, tiang, pilar, pagar pancang, bingkai, papan dendeng, pelancar, limbungan, dermaga, tembok sambut, jeti, pentas pengkalan, atau jambatan, dan apa-apa struktur, topang atau asas yang bersambung pada atau dengan mana-mana daripada struktur itu;
“caj pemajuan” ertinya caj pemajuan yang disebut dalam seksyen 32;
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan lihat—P.U.
442/2010 yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.
**CATATAN—Lihat Lampiran.
Perancangan Bandar dan Desa 11
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah;
“jalan” ertinya mana-mana jalan awam atau persendirian, dan termasuklah mana-mana lebuh, medan, halaman, jalan kecil, lorong, jambatan, siar kaki, haluan jejak, jalan enam kaki, jalan lalu, atau lebuh raya, sama ada tembus atau tidak, yang orang awam berhak lalu;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“jawatankuasa perancang wilayah”, berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya jawatankuasa perancang wilayah yang ditubuhkan bagi kawasan itu di bawah seksyen 6A;
“kaedah-kaedah” ertinya kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
“kawasan pemajuan” ertinya suatu kawasan pemajuan yang diisytiharkan di bawah subseksyen 38(1);
“kawasan khas” ertinya kawasan yang ditetapkan di bawah seksyen 16B;
“kawasan plinth” ertinya bahagian kawasan daripada mana-mana lot yang akan diliputi oleh bangunan;
“kebenaran merancang” ertinya kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan;
“kepadatan” ertinya keamatan penggunaan tanah yang dihitung atau dinyatakan mengikut bilangan orang, unit kediaman, atau bilik yang boleh didiami, atau apa-apa gabungan faktor itu, bagi satu unit kawasan tanah; dan bagi maksud takrif ini, “bilik yang boleh didiami”
tidaklah termasuk dapur, bilik stor, bilik utiliti, tandas, bilik mandi, atau garaj;
“kemudahan” termasuklah jalan, bekalan air dan elektrik, lampu jalan, pembetungan, parit, kerja raya, dan perkhidmatan dan kemudahan awam lain yang seumpama dengannya;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
“kerja bangunan” ertinya meruntuhkan, mendirikan, mendirikan semula, atau meluaskan suatu bangunan atau sebahagian daripadanya dan termasuklah—
apa-apa tambahan pada ketinggian atau luas lantai suatu bangunan;
membuat bumbung atau membuat semula bumbung suatu bangunan atau sebahagian daripadanya;
apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan yang menjejaskan atau mungkin akan menjejaskan susunan saliran atau kebersihannya atau keteguhannya;
apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan, sama ada dibuat sebelum atau selepas bangunan itu siap, yang menyimpang dengan apa-apa cara daripada mana-mana pelan atau tentuan berkenaan dengan bangunan itu, yang diluluskan pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkuasa yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk meluluskan pelan atau tentuan itu;
apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan yang menjejaskan secara material atau mungkin akan menjejaskan secara material bangunan itu dengan apa-apa cara; dan
apa-apa kerja lain yang biasanya dilakukan oleh seseorang yang menjalankan urusan pembinaan bangunan;
“kerja kejuruteraan” termasuklah membentuk atau meratakan tanah, membentuk atau menyediakan jalan masuk ke suatu jalan, atau memasang kabel, sesalur, atau menyediakan bekalan air atau aliran;
“kerja tanah” termasuklah apa-apa perbuatan mengorek, merata, menimbus dengan apa-apa bahan, atau menebang pokok atas mana-mana tanah, atau apa-apa perbuatan lain yang menyentuh atau mengganggu mana-mana tanah;
Perancangan Bandar dan Desa 13
“keselesaan” ertinya kualiti atau keadaan suatu tempat atau kawasan yang menyebabkannya menjadi seronok, harmoni dan dapat dinikmati dengan lebih baik, dan termasuklah kawasan lapang, taman, taman rekreasi dan tempat permainan;
“Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa” ertinya Ketua
Pengarah Perancangan Bandar dan Desa yang fungsinya dinyatakan terutamanya dalam seksyen 2B;
“laporan cadangan pemajuan” ertinya laporan yang dikehendaki supaya dikemukakan oleh seseorang pemohon bagi kebenaran merancang di bawah subseksyen 21A(1);
“Lembaga Rayuan” ertinya Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 36;
“luas lantai” ertinya jumlah luas ruang lantai dalam suatu bangunan, sebagaimana yang diukur dari sebelah luar dinding atau, dalam hal dinding kongsi, diukur dari tengah-tengah dinding itu;
“Majlis” ertinya Majlis Perancang Fizikal Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 2A;
“menebang pokok”
termasuklah memotong, memangkas, mencantas, mencabut, merosakkan atau memusnahkan pokok;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa;
“nisbah plot” ertinya nisbah antara jumlah luas lantai suatu bangunan dengan luas plot bangunan sebagaimana yang diukur antara garisan sempadan ukur atau, jika tidak ada garisan sempadan ukur, antara garisan sempadan sementara;
“notis pembelian” ertinya suatu notis pembelian yang disebut dalam seksyen 37;
“notis rekuisisi” ertinya suatu notis rekuisisi yang disebut dalam seksyen 30;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
“orang diberi kuasa”, berhubung dengan mana-mana peruntukan, ertinya seseorang yang ditetapkan secara bertulis oleh pihak berkuasa perancang tempatan sebagai seorang yang diberi kuasa bagi maksud peruntukan itu;
“pelan” termasuklah laporan, lakaran, peta dan model;
“pemajuan”
ertinya menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah;
dan “memajukan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“pemunya”, berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya—
tuan punya berdaftar tanah itu;
jika, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan, tuan punya berdaftar tanah itu tidak dapat dikesan, ejen atau pemegang amanahnya;
jika tuan punya berdaftar tanah itu telah mati, wakil dirinya di sisi undang-undang; atau
jika tiada seorang pun antara orang yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) wujud, orang yang pada masa ini menerima sewa tanah atau bangunan itu, sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah bagi seseorang yang lain atau sebagai seorang penerima, atau yang akan menerima sewa itu jika tanah atau bangunan itu disewakan;
“penghuni”, berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, termasuklah—
seseorang penyewa tanah atau bangunan itu;
Perancangan Bandar dan Desa 15
seseorang pemunya tanah atau bangunan itu yang menghuni atau selainnya menggunakan tanah atau bangunan itu;
seseorang yang sebenarnya menghuni tanah atau bangunan itu atau yang memegang tanggungjawab, mengurus, atau mengawalnya, sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen seorang lain, tetapi tidak termasuk seseorang penumpang;
“Pengarah Negeri”, berhubung dengan suatu Negeri, ertinya
Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi Negeri itu;
“penggunaan”, berhubung dengan mana-mana tanah, ertinya apa-apa penggunaan tanah selain semata-mata untuk penyimpanan atau penstoran bahan dan kelengkapan yang dicadangkan untuk digunakan dalam pembinaan atau pendirian suatu bangunan di atas tanah itu, atau semata-mata sebagai suatu tempat bagi bangunan sementara untuk kediaman pekerja yang terlibat dalam pembinaan atau pendirian bangunan itu;
“perintah pemeliharaan pokok” ertinya perintah pemeliharaan pokok yang dibuat di bawah seksyen 35A;
“pertanian” termasuklah hortikultur, perladangan, penanaman tanaman, pokok buah-buahan, sayur-sayuran, atau pokok, penanaman tumbuh-tumbuhan untuk digunakan sebagai makanan binatang, perladangan tenusu, pembiakan dan pemeliharaan ternakan, ikan, atau lebah, dan menggunakan tanah bagi maksud tambahan pada mana-mana kegiatan itu atau pada mana-mana kegiatan pertanian yang lain; tetapi tidak termasuk menggunakan tanah sebagai sebuah taman untuk digunakan bersama dengan suatu bangunan yang bercantum pada tanah itu; dan “pertanian” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“pihak berkuasa perancang tempatan”, berhubung dengan sesuatu kawasan, hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 5 dan, berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya pihak berkuasa perancang tempatan, sebagaimana
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
yang ditafsirkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak;
“pihak berkuasa tempatan” ertinya mana-mana majlis bandar raya, majlis perbandaran, perbandaran, majlis daerah, majlis bandaran, lembaga bandaran, majlis tempatan, lembaga luar bandar, atau mana-mana pihak berkuasa lain seumpamanya yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“rancangan fizikal negara” ertinya rancangan fizikal yang meliputi
Semenanjung Malaysia yang disediakan dan diluluskan di bawah seksyen 6B;
“rancangan pemajuan”, berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya—
rancangan tempatan bagi kawasan itu; atau
jika tiada rancangan tempatan bagi kawasan itu, rancangan struktur bagi kawasan itu, dan, berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya rancangan pemajuan, sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak;
“rancangan struktur”, berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya rancangan struktur bagi kawasan itu, dan apa-apa pengubahan rancangan itu, yang berkuat kuasa dalam kawasan itu menurut subseksyen 10(6); dan, berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya rancangan struktur, sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak;
dan “draf rancangan struktur” hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;
“rancangan tempatan”, berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya rancangan tempatan bagi kawasan itu, dan apa-apa pengubahan rancangan itu, yang pada masa ini berkuat kuasa dalam kawasan itu menurut subseksyen 15(1); dan, berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya rancangan tempatan, sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu
Perancangan Bandar dan Desa 17
terletak; dan “draf rancangan tempatan” hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;
“tanah” termasuklah—
permukaan bumi, dan segala benda yang menjadi permukaan bumi;
segala benda di bawah permukaan bumi;
segala tumbuh-tumbuhan dan keluaran semula jadi yang lain, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;
segala benda, sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi, yang bercantum pada bumi atau yang terpasang dengan kekal pada apa-apa benda yang bercantum pada bumi;
tanah yang diliputi air; dan
apa-apa harta atau kepentingan mengenai, atau hak ke atas, tanah;
“tanah lapang” ertinya mana-mana tanah sama ada dikepung atau tidak yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam.
Bagi mengelakkan keraguan dalam menentukan, bagi maksud
Akta ini, apa yang menjadi suatu perubahan material mengenai penggunaan tanah, maka ditetapkan bahawa—
penggunaan tanah sebagai suatu tempat untuk melonggokkan sampah sarap atau bahan buangan yang melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan tanah itu, walaupun tanah itu mengandungi suatu tapak yang sudahpun digunakan bagi maksud itu, jika
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
keluasan permukaan atau tingginya longgokan itu adalah dengan itu bertambah secara material;
apa-apa penggunaan tanah atau penggunaan sebahagian daripadanya yang berlanggaran atau tidak selaras atau bertentangan dengan mana-mana peruntukan rancangan pemajuan yang melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan tanah itu.
Bagi mengelakkan keraguan dalam menentukan, bagi maksud
Akta ini, apa yang menjadi suatu perubahan material mengenai penggunaan suatu bangunan, maka ditetapkan bahawa—
apa-apa penambahan pada bilangan unit dalam suatu bangunan lebih daripada bilangan yang diluluskan pada asalnya oleh mana-mana pihak berkuasa yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang memberikan kelulusan itu melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu;
penggunaan suatu rumah tempat tinggal yang bukan pada asalnya dibina untuk kediaman manusia melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu;
apa-apa pengubahan atau tambahan pada bahagian bangunan itu, sama ada di sebelah atau bercantum pada bahagian luar bangunan itu, yang bersempadan dengan apa-apa garisan biasa jalan sebagaimana yang ditetapkan oleh atau ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan bangunan melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu;
apa-apa penggunaan suatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang berlanggaran atau tidak selaras atau bertentangan dengan mana-mana peruntukan rancangan pemajuan melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu;
Perancangan Bandar dan Desa 19
penggunaan bagi maksud lain suatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang pada asalnya dibina sebagai rumah tempat tinggal melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu.
Bahagian II
Dasar dan Pentadbiran
Bahagian III
Rancangan Pemajuan
Bahagian IV
Kawalan Perancangan
Bahagian V
Caj Pemajuan
Bahagian VI
Lembaga Rayuan
Bahagian VII
Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah
Bahagian VIII
Kawasan Pemajuan
Bahagian IX