Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian VIII · Kawasan Pemajuan
38. Perisytiharan kawasan pemajuan
Feedback & supportPada bila-bila masa selepas pihak berkuasa perancang tempatan menerima suatu rancangan tempatan untuk suatu kawasan khas, pihak berkuasa perancang tempatan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri, mengisytiharkan kawasan itu atau mana-mana daripada bahagiannya sebagai suatu kawasan pemajuan.
Perancangan Bandar dan Desa 91
Apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai suatu kawasan pemajuan, menjadi kewajipan pihak berkuasa perancang tempatan itu mengambil, melalui pembelian atau pengambilan paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, semua tanah beri hak milik yang terletak di dalam kawasan itu, dan memajukan kawasan itu mengikut rancangan tempatan itu.