Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian V · Caj Pemajuan
32. Caj pemajuan dan tanggungan kepadanya
Feedback & supportJika suatu rancangan tempatan atau sesuatu pengubahan rancangan tempatan mengakibatkan suatu perubahan penggunaan, ketumpatan, atau luas lantai berkenaan dengan mana-mana tanah sehingga menaikkan nilai tanah itu, suatu caj pemajuan hendaklah dilevi berkenaan dengan mana-mana pemajuan tanah yang dimulakan, diusahakan, atau dijalankan mengikut perubahan itu.
Kadar caj pemajuan atau kaedah mengira amaun caj pemajuan yang kena dibayar hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35.
Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35, mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang atau mana-mana pemajuan atau kelas, jenis, atau kategori pemajuan daripada tanggungan kepada caj pemajuan, tertakluk pada syarat-syarat yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa
Negeri dalam kaedah-kaedah itu.