Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 · Updated to 1 Jun 2021 · Bahagian II · Dasar dan Pentadbiran
6B. Rancangan fizikal negara
Feedback & supportKetua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah, apabila diarahkan oleh Majlis, menyediakan dan mengemukakan suatu draf rancangan fizikal negara yang meliputi Semenanjung Malaysia kepada Majlis bagi kelulusannya.
Draf rancangan fizikal negara hendaklah—
merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar strategik bagi maksud menentukan haluan dan arah aliran am pemajuan fizikal bagi negara;
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
disertakan dengan apa-apa rancangan petunjuk sebagaimana yang perlu untuk menjelaskan dasar strategik;
dan
mengandungi perkara lain sebagaimana yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Majlis dalam mana-mana hal yang tertentu.
Apabila menyediakan draf rancangan fizikal negara dan menentukan kandungannya untuk dikemukakan kepada Majlis, Ketua
Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah menimbangkan dasar pembandaran negara semasa atau dasar lain yang serupa dan hendaklah berunding dengan tiap-tiap Pihak Berkuasa Negeri dan mana-mana pihak berkuasa atau badan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis.
Rancangan fizikal negara hendaklah dikaji semula tiap-tiap lima tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan
Lima Tahun Negara, atau jika dan apabila diarahkan oleh Majlis.
Hendaklah menjadi tugas am Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan tiap-tiap Negeri untuk membantu dalam memastikan bahawa matlamat rancangan fizikal negara tercapai.
Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah memberikan laporan kepada Majlis secara berkala mengenai pelaksanaan rancangan fizikal negara, atau jika dan apabila diarahkan oleh Majlis.