Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English

13. Pelanggaran Akta, penalti baginya dan liabiliti jenayah institusi, pengarah, dsb

Feedback & support
(1)

Mana-mana institusi pelaburan peserta yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit atau selainnya, atau mana-mana orang lain, yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi —

(a)

sepuluh juta ringgit; atau

(b)

jika jumlah wang menjadi hal perkara kesalahan itu, sepuluh kali ganda jumlah tersebut, mengikut mana-mana yang lebih besar, atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima belas tahun, atau kedua-dua denda dan penjara:

Dengan syarat bahawa jika orang yang didapati melakukan kesalahan itu adalah suatu pertubuhan diperbadankan, hukuman penjara yang tersebut di atas tidaklah terpakai baginya.

(2)

Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi yang disebut dalam subseksyen (1), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau telah dengan apa-apa jua cara atau setakat apa-apa jua bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal-ehwal institusi tersebut, atau telah membantu dalam pengurusan tersebut, adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, memandang kepada jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

16 Undang-Undang Malaysia Akta 188

(3)

Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut

“prinsipal” dalam subseksyen ini) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu:

Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam penggajiannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2), jika sesuatu institusi yang disebut dalam subseksyen (1) atau sesuatu institusi kewangan di bawah perenggan (b) atau (c) dalam takrif “institusi kewangan” di bawah seksyen 1A, ia tidaklah boleh didakwa bagi apa-apa kesalahan yang dilakukannya di bawah subseksyen (1), atau dikenakan hukuman atau penalti di bawah subseksyen (3).

(5)

Tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam Akta ini boleh dianggap sebagai menghalang pendakwaan, pensabitan dan penghukuman mana-mana orang mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain; tetapi dengan sedemikian supaya tiada orang boleh dihukum lebih daripada sekali bagi kesalahan yang sama.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “pengarah”, “pegawai” dan

“pengawal” hendaklah masing-masing mempunyai erti sebagaimana yang diberikan di bawah subseksyen 2(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Report