Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English

15. Kaedah-kaedah

Feedback & support
(1)

Menteri Kewangan boleh, atas syor Bank, membuat apa-apa kaedah-kaedah yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan penuh kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, untuk menunaikan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini, atau untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan lebih sempurna, lebih baik dan lebih mudah.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan mengenai —

(a)

perkara yang berhubungan dengan pengeluaran Bil

Perbendaharaan, permohonan mendapatkan

Bil

Perbendaharaan dan pembayaran balik

Bil

Perbendaharaan apabila ia genap masanya untuk dibayar;

(b)

prosedur dan amalan berhubungan dengan pelaksanaan mana-mana peruntukan Akta ini oleh mana-mana orang;

(c)

borang berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini;

(d)

caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada Bank, dan caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada sesuatu institusi pendeposit, berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini; dan

(e)

perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan peruntukan-peruntukan peralihan yang terkandung di dalam seksyen 8 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan)

(Pindaan) 1990 [Akta A747].

18 Undang-Undang Malaysia Akta 188

Report