1A. Tafsiran
Feedback & supportDalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“akaun pelanggan” ertinya suatu akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit bagi seseorang pemindah atau penerima pindahan di bawah subseksyen 8(5);
“badan berkanun” ertinya mana-mana badan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana-mana undang-undang bertulis, dan termasuklah mana-mana pihak berkuasa tempatan;
“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah
Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
“Bil Perbendaharaan” ertinya Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah seksyen 2 dan 4 atau Bil Perbendaharaan yang dipegang oleh mana-mana orang menurut kuasa pemindahan
Bil
6 Undang-Undang Malaysia Akta 188
Perbendaharaan tersebut, atau sebahagian daripadanya, di bawah
Akta ini;
“institusi kewangan” ertinya —
mana-mana bank berlesen, bank saudagar berlesen, syarikat kewangan berlesen, atau syarikat diskaun berlesen, sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Akta
Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
mana-mana Kerajaan Negeri;
mana-mana badan berkanun; atau
mana-mana kumpulan wang, skim, organisasi, pertubuhan diperbadankan atau tak diperbadankan, atau mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri Kewangan;
“institusi pelaburan peserta” ertinya suatu institusi kewangan yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 7(1);
“institusi pelaburan utama” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 7(2);
“institusi pendeposit” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 8(1);
“pelanggan Bil Perbendaharaan” ertinya seseorang yang membuat pemindahan atau mengambil pemindahan Bil Perbendaharaan di bawah subseksyen 8(2);
“penyata bulanan statutori” ertinya penyata bulanan dalam borang dalam Jadual B yang dikeluarkan di bawah subseksyen 9(2);
“resit pengakuterimaan statutori”
ertinya suatu resit pengakuterimaan dalam borang dalam Jadual A yang dikeluarkan di bawah subseksyen 8(6).
Jika apa-apa rekod atau akaun perlu disenggarakan di bawah
Akta ini oleh Bank atau mana-mana institusi pelaburan peserta, yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama
Bil Perbendaharaan (Tempatan) 7
atau institusi pendeposit atau selainnya, rekod atau akaun itu hendaklah disenggarakan mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan atau ditetapkan oleh Bank, termasuk penyenggaraannya secara bertulis atau dalam apa-apa bentuk rakaman visual (berbentuk imej pegun atau bergerak), atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau apa-apa jua rakaman lain, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel.
Fungsi, kuasa dan tugas yang diberikan kepada Bank di bawah
Akta ini hendaklah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan oleh
Bank bagi pihak Menteri Kewangan.