Skip to content

Seksyen 2

Perbendaharaan

of Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946

ActIn forceProvision 3 of 10
Seksyen 2

(1)

Menteri

Kewangan boleh meminjam wang dengan mengeluarkan Bil-Bil Perbendaharaan dalam bentuk catatan di dalam rekod-rekod Bank di bawah subseksyen 7(3) dari semasa ke semasa sebagaimana difikirkannya manfaat dalam Malaysia. Jumlah wang yang dipinjam sedemikian hendaklah sekian banyak supaya amaun

Bil-Bil Perbendaharaan yang telah dikeluarkan dan masih belum dijelaskan pada bila-bila masa tidak lebih daripada lima ribu juta ringgit.

(1A)

Yang di-Pertuan Agong boleh, dari semasa ke semasa, dengan perintah, mengubah amaun yang ditetapkan dalam subseksyen (1);

dan setiap perintah demikian hendaklah, secepat mungkin selepas disiarkan dalam Warta, dibentang oleh Menteri Kewangan dalam

Dewan Rakyat.

(2)

Wang yang diterima untuk Bil-Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah digunakan, dan adalah dengan ini diuntukkan, bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk membayar balik wang yang telah diterima di bawah

Akta ini, hingga takat yang ditentukan oleh Menteri

Kewangan;

(b)

untuk dimasukkan, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Dewan Rakyat yang dinyatakan melalui ketetapan, ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan yang

8 Undang-Undang Malaysia Akta 188

dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara

Kewangan 1957 [Akta 61], bagi maksud Kumpulan Wang itu.